Sebuah novel hasil karya saudara
Shabiq Noor yang mengisahkan tentang sebuah kehidupan percintaan dua darjat
antara seorang
pelajar dengan seorang guru kaunseling. Sha seorang pelajar yang
akan menghadapi peperiksaan SPM dilamun cinta apabila kehadiran
Khatty, seorang guru kaunseling di sekolahnya.
Sepanjang kehidupannya di sekolah tersebut, Sha telah mengalami
pelbagai pengalaman yang menarik mahupun duka bersama
rakan-rakannya. Dia mahu melafazkan hasrat hati kepada gurunya.
Namun segala-galanya terlambat apabila Khatty sudah bertunang
dan memikirkan kekangan antara mereka.
Masa berjalan begitu pantas. Sepuluh tahun telah berlalu. Sha berjaya menjadi seorang doktor pakar
dan dilantik sebagai pengerusi kepada Persatuan Perubatan Dunia.
Tidak sabar rasanya untuk Sha pulang ke tanahair setelah sekian lama bekerja di Amerika.
Tibanya Sha ke tanahair disambut satu berita yang amat berat
untuk diterima. Khabar dari kawan-kawannya mengatakan bahawa Khatty telah
menghidap penyakit buah pinggang.
Dengan menggunakan nama samaran, dia dan Hannah, pembantu
kepadanya mula membantu untuk mendapatkan organ gantian.
Sepanjang pencariannya, berlaku pelbagai konflik dalam diri Sha.
Apakah yang akan berlaku
diakhir novel ini? Berjayakah Sha dan Hannah mencari buah
pinggang baru untuk gurunya? Apakah konflik yang telah berlaku ke atas
diri Sha? Semuanya akan terjawab jika anda mendapatkan e-Novel
"HANYA SATU" keluaran Karya
Kreatif Dot Com.
| |
|
Isikan nama
dan alamat email anda dibawah untuk mendapatkan e-Novel
"HANYA
SATU" secara PERCUMA..!!!
|
| |
|
|
 |